Popular Posts

Friday, 18 October 2013

Ohhh My English....???






Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...^^.Rasanya macam dah lama tak update blog aku ni.Tujuan asal aku buat blog ni just nak siapkan tugasan yang diberi lecturer aku je..hehehe.Tapi lama-kelamaan aku semakin minat dalam seni penulisan ni.Aku sentiasa ada idea tapi jarang ada masa untuk post blog or taip idea yang melambak-lambak kat otak aku ni.hehe.

Okay la,berdasarkan topik yang aku nak ceritakan hari ni adalah tentang hubungan bahasa inggeris dengan pelajar-pelajar melayu masa kini.Bukan apa lakan,kadang-kadang aku rasa sedih bila tengok ada segelintir pelajar-pelajar melayu di IPTA tidak fasih atau taku-takut untuk bercakap bahasa inggeris.Kejadian-kejadian macam ni boleh kita lihat bila tiba masa "presentation".Masa ni la baru nak memikirkan ayat apa yang nak digunakan.Apakah guru-guru inggeris semasa sekolah menengah dulu tak menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi?

Aku ada baca satu artikel dalam 2 bulan lepas tapi aku tak berapa nak ingat dekat page mana aku baca.Artikel tu ada mengatakan bahawa 70% guru-guru bahasa inggeris di malaysia sebenarnya tidak fasih berbahasa inggeris tetapi masih mengajar matapelajaran bahasa inggeris.Mungkin ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan jitu.Aku ni pun bukanlah nak mengatakan aku pandai sangat bahasa inggeris sebab aku pun masih belajar lagi bahasa antarabangsa ni.



Pada tarikh 8 Oktober 2013 bersamaan dengan hari selasa,tamatlah tugas aku sebagai pengerusi kelab bahasa inggeris di sebuah IPTA tempat aku belajar.Aku hanya menjadi pengerusi selama 1 semester sahaja.Takda la lama sangat pun tapi tanggungjawab ni bagi aku berat juga la...Setiap minggu aku kena berhubung dengan pensyarah sebelum kelas kelab aku bermula.Lepas tu aku kena "contact" semua ahli kelab aku yang seramai 24 orang untuk bagi informasi.Dengar macam senang kan...?Tapi sebenarnya leceh sebab ruang masa setiap pelajar bukannya sama kerana semua ahli kelab aku datang dari pelbagai jenis "course".Itu yang leceh sikit tu.huhu.

Ramai ahli-ahli kelab inggeris aku ni yang dulunya tak berapa pandai nak cakap dalam bahasa antarabangsa ni sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif pada akhir-akhir semester apabila berani bercakap dalam bahasa inggeris di hadapan orang ramai.Aku turut berasa bangga apabila masih ada lagi orang melayu yang ingin belajar bahasa inggeris tanpa segan silu walaupun aku sedar aku berada di institusi yang majoritinya adalah melayu.Namun sebahagian dari ahli kelab aku adalah dari golongan bangsa india.

Jadi aku ingin memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar melayu diluar sana supaya jangan berasa malu untuk belajar dan bercakap bahasa inggeris.Walaupun pada mulanya akan ada cacat cela tapi akhirnya korang pasti akan menguasainya.Belajar la dari kesilapan.Lagipun,kalau korang pergi melancong ke luar negara,tak de la korang kena tipu nanti dek kerana tak dapat nak faham apa yang mereka katakan.Akhirnya,korang juga yang rugi kan...?

Akhir kata dari aku untuk adik-adik yang masih lagi belajar di sekolah-sekolah tu,belajarlah menguasai bahasa inggeris sebabnya tak rugi pun.Lagipun,korang tak de la rasa malu nanti bila masuk IPTA atau IPTS sebab dah pandai untuk berucap dalam bahasa inggeris.Aku pun nak ucapkan terima kasih la sangat-sangat sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa cantik ni kan....hehehe.

Dari masa ke semasa aku akan update lagi blog aku ni untuk tampak lebih menarik.Akhir kata dari aku,Assalamualaikum,salam sejahtera dan jumpa lagi semua.....^^,


No comments:

Post a Comment