Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger dan pembaca blog semua.Rasa-rasanya macam dah lama sangat aku tak update entri kat blog aku yang tak seberapa nie kan...Ini semua disebabkan time table aku yang pack,masa yang tak mengizinkan dan keadaan wifi yang uzur.hehe.Korang mesti tertanya-tanya apa benda la "Dapur Jalanan" nie kan...?Haaa....nie la story yang aku nak ceritakan dekat korang nie.Sebenarnya aku dah lama dah nak tulis entri nie tapi tak berkesempatan disebabkan atas perkara-perkara yang tidak mengizinkan macam yang beritahu kat atas nie...
Sebenarnya Dapur Jlanan nie adalah satu komuniti yang boleh aku katakan GEMPAK sebab mereka nie sangat prihatin dengan golongan gelandangan di sekitar area Central Market,Pasar Seni dan Petaling Street dengan menyediakan makanan untuk golongan yang tidak berkemampuan.Golongan nie bukan tidak berkemampuan dari segi kewangan,korang kena tahu tu.Mereka nie cuma tak berkemampuan untuk memiliki atau menyewa tempat tinggal.Indeed,diorang nie still lagi kerja cuma yang macam aku katakan tadi,gaji diorang tidak mengizinkan mereka untuk memiliki tempat tinggal macam kita semua.So,diorang lebih prefer untuk jadi "homeless" atau lebih dikenali dengan pangggilan gelandangan.
Pada 26 Januari 2014,aku ditugaskan oleh lecturer aku untuk arrange dengan komuniti Dapur Jalanan nie untuk menghulurkan bantuan dan bekerjasama dalam aktiviti amal yang dilakukan oleh komuniti nie.Aku pun cari la info pasal komuniti nie di Facebook https://www.facebook.com/dapurjalanankl?ref=br_tf la kan...mana lagi aku nak cari selain facebook dan google.Then aku pun contact la "orang kuat" Dapur Jalanan nie iaitu Encik Hadi dan Pak Wan.
Aku respect kat diorang la sebab diorang nie memang memahami dan pandai respect orang lain.Stail pun selamber je...tak ada la nak dikatakan berlagak baik sebab dapat uruskan aktiviti sosial nie setiap minggu.Ohhh ya...aku lupa nak beritahu yang aktivi nie dijalankan setiap hari ahad di Jalan Panggong,KL.Lepas deal dengan diorang nie,aku dengan team aku bergerak dari Nilai ke Bangsar untuk memberikan kerjasama bersama mereka nie selain dapat bersama-sama berkongsi pengalaman.Syok juga aku rasa dapat bercerita tentang asal-usul komuniti Dapur Jalan nie bersama-sama Encik Hadi,Pak Wan dan student-student Mahsa.Diorang memang peramah dan boleh aku katakan masuk jugak la dengan kepala aku yang kadang-kadang tak betul nie...hehe.Respect beb dengan diorang nie sebab sanggup sediakan makanan untuk golongan gelandangan yang sebahagian kita menganggap jijik mereka nie...
Kalau korang nak tahu,aktiviti memberi makanan kepada golongan gelandangan nie bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir sebelum maghrib.Kalau ada siapa-siapa nak join aktiviti nie,korang just datang ke Jalan Panggong,KL ,hari ahad dan pada pukul 5.30 petang dan berjumpa dengan Encik Hadi atau Pak Wan.Jangan takut,diorang nie peramah orangnya.
Korang mesti bosan kan baca bebelan aku yang entah apa-apa nie kan....?So aku ada sediakan beberapa keping gambar yang sempat team aku rakamkan untuk tontonan korang semua.enjoy....!!
Poster Dapur Jalanan Kuala Lumpur dengan trademark mereka "Makanan Adalah Hak Untuk Semua"
Segolongan warga kota yang tidak berkemampuan macam kita sabar menunggu giliran untuk mendapatkan makanan untuk mengalas perut mereka.
Antara ahli-ahli Dapur Jalanan yang setia memberi makanan kepada golongan yang memerlukan di Jalan Panggong.
Antara gelagat team aku yang agak kepelikan melihat cara Dapur Jalanan memberi bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan.hehe.Kelas gitu nok....
Gambar aku bersama team aku yang tetap memberikan kerjasama walaupun kadang-kadang tu buat aku serabut...haha.cuba cari aku kat mana.
Untuk mengahiri entri aku kali nie,aku nak bagi sikit peringatan la kat korang-korang di luar sana walaupun aku nie tak adalah baik sangat kan...Aku just nak ingatkan korang bila korang tengok dan memahami golongan nie,korang akan rasa menyesal bila sering membazir dan membuang makanan dengan sewenang-wenangnya sedangkan masih ramai lagi di luar sana yang sangat memerlukan makanan bagi meneruskan kehidupan...Kita juga harus bersyukur atas segala nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita supaya kita tidak terus lalai dalam kesenangan dunia.Ingat kalau kita susah,ada oranga yang lebih susah dari kita sampaikan tempat berteduh pun tak mampu nak miliki.
Akhir kata aku nak katakan ribuan terima kasih kepada Encik Hadi dan Pak Wan yang membenarkan aku dan team aku untuk turut serta dalam aktiviti murni ini.Semoga dipanjangkan umur mereka ini untuk terus membela nasib golongan yang kurang bernasib baik ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Semoga aku diberi kesempatan lagi untuk menulis entri seterusnya...






alhamdulliah kamu sudi membantu orang yang memerlukankan
ReplyDeletesemoga terus membela nasib golongan yang kurang bernasib baik
ReplyDeletenanti buat lagi kat area poli. hahaha
ReplyDelete