Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger dan pembaca blog semua.Rasa-rasanya macam dah lama sangat aku tak up...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan blogger-blogger sekalian.Aku rasa macam dah lama sangat tak update blog aku nie y...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog aku yang tak seberapa nie...Dah lama betul rasanya tak update blog aku nie...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa nie... Tajuk entri aku kali berkisar tentang BFF a...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa nie ha...hehe. Kali nie aku nak kongsi sikit la dengan ko...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blogger... Rasanya macam dah lama sangat aku tak update entri kat blog aku yang ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog aku yang setia.Entri kali ni mungkin ber...
-
Kisah Cintanku Yg Merepek Alahai..,bosannya tinggal di asrama mase weekend ni...Yela kn...semenjak masuk IPTA ni mase aku banyak di...
-
salah satu video anak@ muda sekarang yang aku rasa boleh layan la...
-
Apakah GST? Bagi yang masih "blur" tentang maksud di balik akronim ini, silalah membaca dengan lebih lanjut artikel yang saya sal...
Tuesday, 17 December 2013
Lu Memang Best Friend Gua beb....!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa nie...
Tajuk entri aku kali berkisar tentang BFF aku...Tentu ramai dah tahu apa maksud BFF tu kan...?Tapi aku bagi jela makna BFF tu...BFF bermaksud "Best Friend Forever".
Aku tahu korang semua mesti ada BFF sendiri kan...?Tak kisah la lelaki or perempuan.
Tapi aku nak cerita sikit la yang aku ada BFF perempuan sejak dari form4 lg.rasa-rasa dah nak dekat empat tahun.
Segala suka dan duka aku kongsi dengan dia cuma semenjak dua menjak nie aku jarang contact dia..Yela...aku bukan apa,aku cuma malas nak ganggu perhubungan dia dengan "bf" dia.Bukan macam dulu-dulu masa dia still single.
Honestly aku nak cakap yang aku betul-betul rindukan dia.Aku rindukan masa bersama dengan dia.Mengumpat dan bergosip bersama-sama.agagaga...
Apa yang aku boleh buat sekarang nie hanyalah berhubung dengan dia melalui telefon kerana dia dan aku dah semakin jauh...
Masing-masing membuat haluan sendiri dengan study yang sangat-sangat buzy...Aku sibuk dengan cita-cita aku menjadi ahli forensik dan dia sibuk mengejar impian menjadi akauntan.
Wahai Faten yang aku sayangi,aku betul-betul rindu kat kau beb.Teringin nak "date" dengan kau macam dulu-dulu.
Tapi semua tu dah tinggal kenangan.Tapi aku yakin satu hari nanti kita mesti dapat bersua muka dan borak dan bergosip panjang-panjang.
Aku juga akan sentiasa menolong kau ketika kau susah.Sebab apa...?
Sebab kau adalah "Best Friend Forever" aku yang selalu memahami dan sudi "ceramah" dekat aku dikala aku membuat kesalahan...
Yang Ikhlas - your friend (haziq)
Sunday, 15 December 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa nie ha...hehe.
Kali nie aku nak kongsi sikit la dengan korang semua pasal Konsert Rock The World yang berlangsung baru-baru nie kat Car Park A Stadium Bukit Jalil pada sabtu yang lepas iaitu 14December2013.
Kali nie aku nak kongsi sikit la dengan korang semua pasal Konsert Rock The World yang berlangsung baru-baru nie kat Car Park A Stadium Bukit Jalil pada sabtu yang lepas iaitu 14December2013.
Yang nie pic mase aku mula-mula sampai kat pintu masuk RTW.Awal beb kitorang sampai.
Yang nie pulak pic aku dengan adik aku.
Aku mati-mati ingat tiket jual awal-awal pagi.Aku sampai dalam pukul 8.40 tapi tiket mula jual pada pukul 10 pagi...Bengang gak la kan tunggu lama-lama.Tapi excited punya pasal,semua tu aku da tak peduli da....
Masa aku masuk tu staff-staff RTW ada bagi aku poster,map,schedule dan baju.Yang kelakar tu,baju hujan pun aku dapat beb.Tapi ada hikmah jugak la sebab hujan turun dengan lebat dalam pukul 4.00 petang macam tu.Tapi basah lencun jugak la seluar dengan kasut aku.
Band pertama yang "memanaskan" badan aku adalah band Grey Sky Morning.Mana taknye..,band nie au minat sejak aku form4 lagi.Memang banyak lagu dia yang aku hafal.Lepas tu bermula la hari "gila" aku sampai macam tak ingat dunia...haha.Tapi aku pergi jugak sembahyang...Layan gig,layan jugak tapi sentiasa ingat pada yang Maha Esa jugak bro...
Ha...yang nie pic aku bersama vokalis Grey Sky Morning.Dah lama aku menunggu,baru sekarang dapat berjumpa.hehehe.
Untuk pengetahuan semua,RTW nie memang undang band-band dari Malaysia sahaja.Sebab tu la aku suka sangat pergi konsert-konsert yang macam nie.Aku bukan nak buat provokasi dekat sini,tapi aku lebih prefer band-band Malaysia daripada band-band yang berasal dari seberang.Siapa lagi la yang nak support muzik Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia jugak kan....Kalau boleh,sentiasa la support muzik Malaysia sebab inilah salah satu daripada identiti negara kita.Cuba bayangkan kalau radio-radio di Malaysia nie dipenuhi dengan lagu-lagu dari negara luar,kan dah menjejaskan identiti negara kita...
Aku rasa sampai sini je la aku nak kongsikan dengan korang semua...Apa-apa pun,aku sentiasa support band-band indie di Malaysia yang aku sayang nie sebab ianya sebahagian dari zaman remaja aku.Aku pun bukannya minat sangat pun dengan lagu-lagu dari "luar"...
Akhir kata dari aku,support la muzik Malaysia.Jyeahhh....!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sunday, 8 December 2013
Aku Mengharapkan Teman yang Akan Selalu Menemani Aku Hingga Akhir Hayatku.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....Entri kali nie memang pelik sikit.hehehe...Bukan apa kerana semenjak dua menjak nie hati aku rasa kosong sangat...
Aku rasa macam keseorangan...Mungkinkah cinta dalam hati aku nie dah mula berputik....?Hahahaha...
Untuk pengetahuan semua,hati aku nie keras sikit nak terima perempuan dalam hidup aku nie sebab aku memang tak pernah percaya kat cinta-cinta nie...
Tapi semenjak dua menjak nie hati aku rasa macam dah syok kat sorang pompuan nie.Bagi aku dia memang seorang yang relaks dan stylo la...Hahahaha.
Bila dapat tengok muka dan bercakap dengan dia,hati aku cair pula.Alahai....tak pernah pula rasa macam nie kat perempuan lain.Hahahaha.
Aku cuba nak dekat dengan dia tapi dia selalu pula elak dari aku.Bila difikir-fikir,aku nie macam buang masa je cuba kejar benda yang semakin jauh dari aku.Tapi bila aku mula lupakan dia,bayang dia makin banyak pula muncul dalam kepala aku nie.
Adehhh....Hati aku sakit beb.Sakit sebab teringatkan dekat dia yang semakin jauh dari aku.Terasa diri aku nie macam kosong tanpa perempuan dalam hidup aku nie selain ibu aku yang bagaikan kawan karib aku.Mak aku selalu cakap cari perempuan yang sama bidang dengan aku.Aku dah jumpa tapi susah pula nak capai.
Sampai sekarang jiwa aku rasa kosong...keseorangan....tambah-tambah lagi member-member kelas aku pun nak masuk SPA.Tinggallah aku sorang-sorang lelaki dalam kelas yang dipenuhi perempuan.Sedih betul bila mengenangkan hidup aku nie.Semua orang pandang aku ceria and happy go lucky dan kepala yang gila-gila.Tapi tak seorang pun memahami aku....
Aku sentiasa keseorangan...Terkadang juga hati aku terusik pada waktu malam untuk sembahyang sunat 2 rakaat kepada-Nya dikala teringat perempuan yang aku cinta.Nak buat macam mana kan...,life must be go on no matter how huge the gap repelling you.Hanya kepada-Nya aku berserah jodoh aku...
Aku mungkin akan terus mengejar "dia" dan mungkin membiarkan "dia" pergi....
Aku sentiasa keseorangan....
Aishhhh.....
Thursday, 5 December 2013
Motor Pun Mandi Bunga...Kau Ado....??
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan blogger-blogger sekalian.Aku rasa macam dah lama sangat tak update blog aku nie yang da macam terbiar lama.Almaklum la sibuk sangat mencari rezeki semasa cuti semester.huhuhu.
Cerita kali nie yang aku nak cerita kat blog aku nie memang dengar pelik dan berbau syirik.Tapi memang lebih kepada perkara-perkara syirik.Mesti korang semua tertanya-tanya pasal gambar yang aku letak nie kan...?Ha....yang dekat atas nie gambar Lisa mandi bunga,bukannya motor yang mandi bunga yek....?hehehehe.
Tapi topik yang aku nak cerita nie pasal kerenah atau tabiat mat-mat rempit bila dapat motor baru.Aku tak pasti la samada mat-mat rempit kat tempat lain pun buat macam nie juga sebab aku memang tinggal kat area Ampang.So ramai la member-member aku yang join rempit-rempit nie.
Cerita nie bermula bila aku melangkah masuk ke kantin tempat kerja aku di sebuah pusat membeli-belah di dalam KLCC.Yela...pagi-pagi mesti la nak breakfast kan...Then aku pun duduk la satu meja dengan member-member aku yang layan rempit-rempit nie.Tetiba sorang dari member aku tanya member aku sorang nie pasal motor yang baru dia beli nak ambil kat kedai pukul berapa...?
Nak dipendekkan cerita,tuan punya motor nie pun cakap la yang dia nak buat doa selamat sikit malam lepas dia ambil motor kat kedai motor nanti.Then nak mandikan motor dia dengan air bunga.Aku pun kemain terkejut dan terus cakap kat dia "kau nie syirik ke ape....?".Then dia pun cakap yang setiap motor baru beli kena mandi bunag untuk buat sial.
Aku pun dengan bengangnya cakap "kau nie agama apa...?percaya dengan benda yang bukan...!!".Then member-member aku yang lain semua sokong si member aku yang mat rempit nie sebab dorang pun mat rempit.maybe la kot...hahaha.Aku pun diam je la lepas diorang cakap macam uh sebab malas nak bising-bising dekat kantin kan....
Then bila waktu makan petang pada keesokan hari,ada la member aku sorang nie yang merupakan minah rempit cakap motor baru yang member aku beli nie wajib kena mandikan dengan bubur kosong yang telah dibacakan yasin or ayat kursi untuk buang bala and sial.Mak aih.......!!Yang nie aku lagi terkejut plus nak gelak.Apa ke bodoh sangat la diorang nie percaya bende2 merepek acam nie.Ynag nie pun aku malas nak bising-bising.
Lepas kejadian tu aku terus tanya mak aku,saudra-saudara aku dan member-member aku yang selalu pergi masjid pasal mandikan motor dengan air bunga dan bubur.Ternyata 100% jawapan yang aku dapat dari orang-orang yang bukan rempit mengatakan yang perbuatan memendikan motor dengan air bunga or bubur adalah perkara syirik..!!
Aku bukan nak mengutuk mat-mat rempit kat malaysia nie.Tapi korang sendiri boleh menilai apabila agama ditinggalkan,perkara-perkara yang menduakan Allah s.w.t pun sanggup dilakukan.Tapi di dalam hati aku,aku tetap berpegang teguh kepada Al-quran dan Al-sunnah.Apa-apa pun hanya berserah kepada Allah s.w.t kerana ajal maut itu di tangan-Nya...Bukan mengelak ajal dengan memandikan motor dengan air bunga dan bubur kerana semua perkara ini bertentangan dengan ajaran islam dan ternyata menduakan Allah s.w.t.
Akhir kata dari aku,selidiklah dulu sebelum mendengar nasihat-nasihat member yang entah betul entah tidak kerana boleh mengundang kepada perkara-perkara syirik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....^^.
Tuesday, 29 October 2013
SAYA SUDAH BEBAS....!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..^^.Mesti korang pelik tengok entri blog aku kali ni kan...?Pada tarikh 29 Oktober 2013,saya dengan ini ingin mengumum yang saya sudah bebas...!!bebas dari final exam yang menggila.Korang mesti rase aku ni merepek jewk kan...?hahaha.Aku excited sangat hari ni.Bukan apa kan,almaklum la baru habis exam...hehehe.
Paper last aku hari ni adalah paper Biostatistic.Dua hari aku bersengkang mate tak tido malam.petang pun tido-tido ayam jewk...Hasilnya pagi tadi,banyak gak la soalan yang aku tapi ada gak la frust sikit sebab ada satu soalan yang aku target tapi aku lupa pulak formula dier...adehhh....saket tu bro..
Tapi walau macam mana pun aku tetap la bersyukur sebab selama ni aku bukannya pandai pun subjek Biostatistic ni.Tapi apakan daya aku terpaksa memaksa kepala aku untuk terima calculation.Indeed,minggu pertama sem ni aku kena "ceramah" dengan lecturer aku...perghhh...malu gak la time tu...
Iyer la kan,depan awek-awek kowt...kih3...Tapi aku still steady masa tu...haha...Lama-lama bila dia tengok aku macam tak berapa nak kesah duduk depan kelas,dia pun suruh la aku pegi duduk balik...Tapi sekarang ni aku da ngam habis da ngan dier...mana taknyer,dua subjek kowt dia ajar aku...tapi nasib baik la subjek lagi satu tu aku skor habis dalam kelas dia...haha.sekarang ni da kamcing habis da aku ngan dia.
Lastly aku harap-harap result yang akan keluar nanti gempak la macam sem lepas setelah bersengkang mata selama seminggu.macam orang gila aku ni ha..haha...
Lepas ni mungkin aku akan berehat sekejap dari menulis blog aku yang macam dah berhabuk da ni.Tapi sebulan je la sebab rumah aku bukannya ada wifi pun...kui3.ni pun wifi ehsan dari IPTA tempat aku belajar ni...hahaha.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Tunggu la entri yang merepek dari aku lagi dalam masa sebulan lagi yek...?haha.
Saturday, 26 October 2013
Apakah Itu GST Yang Banyak Menimbulkan Keraguan Di kalangan Pengguna?
Apakah GST? Bagi yang masih "blur" tentang maksud di balik akronim
ini, silalah membaca dengan lebih lanjut artikel yang saya salin dan
tampal di bawah ini.
Namun, biar apa-apa pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:
Berkaitan:
KEWAJARAN & IMPLIKASI GST
Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.
GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei danMyanmar yang belum memperkenalkannya.
Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.
GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.
Apa itu GST?
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.
Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.
7 poin mengenai GST
1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.
Bekalan yang dikecualikan cukai
Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.
Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.
Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.
Isu-isu dan implikasi GST
Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .
Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.
Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:
1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.
2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).
Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.
3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.
Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.
4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.
Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.
5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.
Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.
Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.
Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.
Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.
Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.
Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.
Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.
7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.
8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.
Seorang penulis surat bernama Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas menghurai persoalan ini seperti berikut:
Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.
Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.
9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.
10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.
GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.
11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.
13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .
Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.
Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.
Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .
Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
Pengalaman Australia dengan GST
Mengikut catatan sebuah laporan negara dengan per kapita yang tinggi pun mengelami kritikan terhadap pelaksanaan GST seperti berikut:
PENUTUP
GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar.
Yang pasti memperkenalkan reformasi sistem cukai yang ada sekatang bukan mudah. Reformasi cukai tidak harus hanya dengan GST atau nama apapun. Hasil akhirnya memberi implikasi harga sosio-ekonomi dan politik yang tinggi untuk dibayar.
Sumber:
http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/02/gst-kesan-keatas-pengguna-dan-rakyat.html
Sumber ke-2:
http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/02/kewajaran-implikasi-gst.html
Namun, biar apa-apa pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:
Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.
Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.
Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.
Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Taxadalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
Berkaitan:
KEWAJARAN & IMPLIKASI GST
Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.
GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei danMyanmar yang belum memperkenalkannya.
Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.
GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.
Apa itu GST?
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.
Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.
7 poin mengenai GST
1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.
Bekalan yang dikecualikan cukai
Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.
Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.
Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.
Isu-isu dan implikasi GST
Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .
Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.
Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:
1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.
2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).
Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.
3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.
Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.
4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.
Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.
5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.
Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.
Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.
Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.
Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.
Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.
Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.
Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.
7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.
8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.
Seorang penulis surat bernama Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas menghurai persoalan ini seperti berikut:
“Let me use his illustrations: An individual earns RM35,000 a year (RM2,916 a month). His income tax for that year is RM1,526 a year. That means his effective disposable income is RM33,474. Assume GST of five per cent is applied. Everything this individual buys will be more expensive by five per cent, causing his real disposable income to decline to RM31,880 (RM33,474 divided by 105 per cent). This means the GST cost to the in individual in real terms is RM1,595. Given this scenario for an individual, the government’s suggestion to lower the effective income tax rate to compensate for GST rings hollow. Even if income tax rates dropped to zero, it would not cover the GST cost.”
Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.
Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.
9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.
10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.
“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”
GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.
11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.
13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .
Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.
Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.
Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .
Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
Pengalaman Australia dengan GST
Mengikut catatan sebuah laporan negara dengan per kapita yang tinggi pun mengelami kritikan terhadap pelaksanaan GST seperti berikut:
“Critics have argued that the GST is a regressive tax, which has a more pronounced effect on lower income earners, meaning that the tax consumes a higher proportion of their income, compared to those earning large incomes. Peter Costello, the acting Federal Treasurer who introduced the GST, counters that, due to the corresponding reductions in personal income taxes, state banking taxes, federal wholesales tax and some fuel taxes that were implemented when the GST was introduced, people were effectively paying no extra tax.The preceding months before the GST became active saw a spike in consumption as consumers rushed to purchase goods that they perceived would be substantially more expensive with the GST. Once the tax came into effect, consumer consumption and economic growth declined such that by the first fiscal quarter of 2001, the Australian economy recorded negative economic growth for the first time in more than 10 years. Consumption soon returned to normal however. The Government was criticised by small business owners over the increased administrative responsibilities of submitting Business Activity Statements on a quarterly basis to the Australian Taxation Office. A study commissioned by theCurtin University of Technology, Perth in 2000, argued that the introduction of the GST would negatively impact the real estate market as it would add up to 8 percent to the cost of new homes and reduce demand by about 12 percent.[10] The real estate market returned to boom between 2002 and 2004 where property prices and demand increased dramatically, particularly in Sydney and Melbourne. During the 2004-2006 period Perth has also witnessed a sharp climb in real estate prices and demand.”
Sources:http://encyclopedia.laborlawtalk.com/Value_added_tax
PENUTUP
GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar.
Yang pasti memperkenalkan reformasi sistem cukai yang ada sekatang bukan mudah. Reformasi cukai tidak harus hanya dengan GST atau nama apapun. Hasil akhirnya memberi implikasi harga sosio-ekonomi dan politik yang tinggi untuk dibayar.
Sumber:
Sumber ke-2:
Friday, 18 October 2013
Ohhh My English....???
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...^^.Rasanya macam dah lama tak update blog aku ni.Tujuan asal aku buat blog ni just nak siapkan tugasan yang diberi lecturer aku je..hehehe.Tapi lama-kelamaan aku semakin minat dalam seni penulisan ni.Aku sentiasa ada idea tapi jarang ada masa untuk post blog or taip idea yang melambak-lambak kat otak aku ni.hehe.
Okay la,berdasarkan topik yang aku nak ceritakan hari ni adalah tentang hubungan bahasa inggeris dengan pelajar-pelajar melayu masa kini.Bukan apa lakan,kadang-kadang aku rasa sedih bila tengok ada segelintir pelajar-pelajar melayu di IPTA tidak fasih atau taku-takut untuk bercakap bahasa inggeris.Kejadian-kejadian macam ni boleh kita lihat bila tiba masa "presentation".Masa ni la baru nak memikirkan ayat apa yang nak digunakan.Apakah guru-guru inggeris semasa sekolah menengah dulu tak menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi?
Aku ada baca satu artikel dalam 2 bulan lepas tapi aku tak berapa nak ingat dekat page mana aku baca.Artikel tu ada mengatakan bahawa 70% guru-guru bahasa inggeris di malaysia sebenarnya tidak fasih berbahasa inggeris tetapi masih mengajar matapelajaran bahasa inggeris.Mungkin ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan jitu.Aku ni pun bukanlah nak mengatakan aku pandai sangat bahasa inggeris sebab aku pun masih belajar lagi bahasa antarabangsa ni.
Pada tarikh 8 Oktober 2013 bersamaan dengan hari selasa,tamatlah tugas aku sebagai pengerusi kelab bahasa inggeris di sebuah IPTA tempat aku belajar.Aku hanya menjadi pengerusi selama 1 semester sahaja.Takda la lama sangat pun tapi tanggungjawab ni bagi aku berat juga la...Setiap minggu aku kena berhubung dengan pensyarah sebelum kelas kelab aku bermula.Lepas tu aku kena "contact" semua ahli kelab aku yang seramai 24 orang untuk bagi informasi.Dengar macam senang kan...?Tapi sebenarnya leceh sebab ruang masa setiap pelajar bukannya sama kerana semua ahli kelab aku datang dari pelbagai jenis "course".Itu yang leceh sikit tu.huhu.
Ramai ahli-ahli kelab inggeris aku ni yang dulunya tak berapa pandai nak cakap dalam bahasa antarabangsa ni sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif pada akhir-akhir semester apabila berani bercakap dalam bahasa inggeris di hadapan orang ramai.Aku turut berasa bangga apabila masih ada lagi orang melayu yang ingin belajar bahasa inggeris tanpa segan silu walaupun aku sedar aku berada di institusi yang majoritinya adalah melayu.Namun sebahagian dari ahli kelab aku adalah dari golongan bangsa india.
Jadi aku ingin memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar melayu diluar sana supaya jangan berasa malu untuk belajar dan bercakap bahasa inggeris.Walaupun pada mulanya akan ada cacat cela tapi akhirnya korang pasti akan menguasainya.Belajar la dari kesilapan.Lagipun,kalau korang pergi melancong ke luar negara,tak de la korang kena tipu nanti dek kerana tak dapat nak faham apa yang mereka katakan.Akhirnya,korang juga yang rugi kan...?
Akhir kata dari aku untuk adik-adik yang masih lagi belajar di sekolah-sekolah tu,belajarlah menguasai bahasa inggeris sebabnya tak rugi pun.Lagipun,korang tak de la rasa malu nanti bila masuk IPTA atau IPTS sebab dah pandai untuk berucap dalam bahasa inggeris.Aku pun nak ucapkan terima kasih la sangat-sangat sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa cantik ni kan....hehehe.
Dari masa ke semasa aku akan update lagi blog aku ni untuk tampak lebih menarik.Akhir kata dari aku,Assalamualaikum,salam sejahtera dan jumpa lagi semua.....^^,
Sunday, 8 September 2013
LRT dan escalator.....?Apakah....???
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku ni.Tajuk yang aku nak kongsikan hari ni adalah perihal atau sikap segelintir masyarakat KL yang berkaitan dengan escalator di tren LRT tak kiralah Putra,Star,Monorail atau KTM.
Cerita dia macam ni la kan,aku ni membesar di ibu kota yang semestinya banyak karenah dan gelagat dari pelbagai bangsa.Aku suka melihat gelagat masyarakat KL yang kadang2 membuatkan aku ketawa sendirian.Kalau boleh,aku memang nak cerita satu persatu gelagat dan karenah masyarakat yang tinggal di KL ni tapi kalau nak diceritakan memang jenuh nak bace.Aku pun faham yang segelintir rakyat Malaysia ni memang malas sikit bab baca membaca ni kan...hehehe.
Tapi dalam banyak-banyak gelagat yang lucu ni,ad satu sikap yang aku tak berapa nak suka la kan...Satu je sikap yang aku tak suka dekat stesen LRT iaitu ada segelintir pengguna LRT yang tak nak beri laluan kepada warga yang ingin cepat atau emergency.Hidup kat kat KL ni memang banyak mengejar masa terutama kepada yang bekerja office.
Kalau korang perasan,dekat bahagian atas escalator ada diletakkan signboard yang menyatakan "sila berdiri di sebelah kiri untuk memberi laluan".So faham-faham la kan...Acap kali aku tengok segelintir masyarakat kita yang tak tahu atau "buat-buat tak tahu".
Tolong la memahami dan prihatin kepada pekerja-pekerja yang ingin mengejar masa.Mereka sangat mementingkan masa samada emergency mahupun terlambat masuk kerja.hehehe....Kalau dah rasa diri tu "lembab",jangan la buat-buat bodoh je berdiri dekat sebelah kanan.Buat orang sakit hati je...
So lepas ni,makcik-makcik,pakcik-pakcik,akak-akak,abang-abang dan adik-adik sekalian,tolonglah berdiri kat sebelah kiri masa menggunakan escalator untuk memberikan laluan kepada warga yang ingin mengejar masa.Jangan la ingat escalator tu macam hak milik kau sorang je ye...Semua orang guna,so tolong la bertolak-ansur dan berikan laluan.Tak kira la escalator mana yang korang naik.Kalau rasa-rasa ada orang yang berdiri kat & buat muka bengang,cepat-cepat la korang berdiri kat sebelah kiri yek...?Tak pasal-pasal kena maki free-free je...kih3...
Aku rasa sampai sini je la aku nak bebel.hehehe...kalau boleh,memang aku nak taip banyak lagi tapi bantal telah memanggil-manggil aku..kih3...
Assalamualaikum semua dan tunggu cerita aku di kemudian hari pula....^^,
Friday, 30 August 2013
Kisah Cintanku Yg Merepek
Alahai..,bosannya tinggal di asrama mase weekend ni...Yela kn...semenjak masuk IPTA ni mase aku banyak dihabiskan kat kamsis...nak balek rumah,takut bajet lari pulak kan...beginilah hidup di asrama,menulis blog sambil ditemani maggie yang setia di sampingku...hahaha...
Eh2...,ni macam lari tajuk plak ...sebenarnya aku nak citer skit la kat kowang pasal kisah cintan aku kat IPTA ni...Honestly la aku bagitau kat korang yang aku ni memang tak brape nak ske jiwang2,kapel2 or cintan2 nie.
Masuk je IPTA nie,aku ada la jumpe sorang awek ni kan...nak jadikan citer dier pun member sekelas course aku...course yang aku amik ni tak payah la nak update kat sini pulak kan...nanti dikatakan riak pulak...keh3...
Ok2...ni dah bersimpang-siur jauh da nie,balik pada cerita yang asal.Macam ni,first time aku tengok muke die,tetibe plak aku ingat kat member baek pompuan aku mase sekolah menengah dulu.aku pun ad la nak usha2 line,mane tau dapat ngam ngan dier kan...Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..!!Tak tau la macam mane first sem aku kat IPTA,aku asyik satu group dengan dier je...indeed,course aku ni memang memerlukan kerja teamwork selalu.
Last2 aku pun rapat la dengan si awek ni...Sampaikan kena label laki bini la oleh member2 aku yang sewel ni yang sekarang ni tengah melingkar atas katil.hahaha....
Then first sem pun berakhir lalu diganti pula dengan second sem...Second sem ni la paling banyak controversi...ramai gak la yang suke mengusik sampaikan si awek ni merajuk ngan aku.pergghhh....susah beb nak faham perasaan pompuan.Bila aku tak tegur,dia kata aku sombong tapi bila aku tegur,dia tak nak layan aku pulak...aku pun jadi mental la kalu macam ni...aku bukan apa beb,cuma tak nak dia malu je kena bahan ngan member2 kelas pasal relationship ni.Sebab tu la aku tak nak tegur dia selalu...
For the first time,aku memang tak ada niat nak suke kat dia pun.Aku just nak jadi member je sebab aku rindu sangat nak borak2 ngan member pompuan.Indedd,muka dia seakan-akan member baik aku kat sekolah dulu.Kawan punya kawan,bila dier ignored chat aku,hati aku mula la rasa sakit kn...aku cuba gax evade perasaan ni sebab lu tau la kan beb...aku ni bukannya jenis orang yang suka cintan2 ni,....nak kapel apa ntah lagi...
Sampai sekarang aku masih keliru beb.Kadang2 jadi mental gak aku fikir pasal dia.hahaha...Tapi tu semua tak penting beb,yang penting aku kena la graduate dlu & cari kerja untuk sara family aku.Bab cintan2 ni aku tolak tepi dulu la.Malas nak fikir banyak2,klu jadi bini ok la gak kan...?hahahaha...
Dalam diam2 kowang mesti nak tau siapa pompuan yang aku cerita kat dalam ni kan...?Yela...,penat aku meroyan kat dalam blog aku ni tapi korang tak tau siapa yang aku ceritakan.Kat bawah nie aku letak la pic aku bersama-sama dia tapi bersama-sama meber kelas yang lain sekali la...Nanti kalau kantoi malu besar aku beb...!!haha.
Cuba korang teka yang mana 1 awek uh...?hehehe.Time nie mase sambutan hari raya aidilfitri yang dibuat untuk 1 jabatan pengajian aku.
Yang bawah ni pulak pic mase aku sem 1.Serabut sikit la...haha
At the end of my story ni aku nak cakap sikit la kalau boleh aku nak jadi kawan dengan si awek ni sampai bila2...sebab aku ni pun tak minat nak kapel2 ni.letih ooo............hahaha...lu memang gila beb..!aku pun tak tau la apa yang aku merepek skang ni sebab baru habis makan maggie asam laksa...pergghhhh.....mantap beb..!
Conclusion aku,kawan lebih bagus dari berkapel sebab bagi aku kawan lebih penting dari awek.Aku lebih rela tinggalkan awek dari tinggalkan kawan.
Akhir kata,terima kasih la pada siapa yang rajin2 jenguk blog aku nie yek....?
Assalamualaikum semua...^^,
Subscribe to:
Comments (Atom)












