Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog aku yang tak seberapa nie...Dah lama betul rasanya tak update blog aku nie.Al maklum la disebabkan keadaan yang tak mengizinkan dek kerana terlalu sibuk dengan aktiviti seharian yang kadang-kala membataskan hidup berblogging nie.
Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa kali nie aku update entri mengenai NUKLEAR...?Sebenarnya entri kali aku hanya nak menceritakan kisah lawatan aku ke Pusat Nuklear Malaysia yang bertempat di Bangi.Walaupun kisah nuklear nie pernah menghantui Malaysia suatu ketika dahulu dek kerana ideologi-ideologi keburukan nuklear,namun sebenarnya banyak kebaikan dan faedah sumber nuklear nie di dalam kehidupan manusia selain daripada menggunakannya ke arah teknologi peperangan.Cuma sesetengah orang tidak ingin mengambil tahu sahaja dan terus menghentam sesebuah pihak.Aku bukan nak berpolitik dalam entri aku kali nie cuma aku sedar sikap sebeginilah yang masyarakat kita lalui dan menjadi darah daging kita.Kata orang-orang tua dahulu,"malu bertanya sesat jalan".Aku rasa peribahasa nie la yang boleh dijadikan iktibar dalam entri aku kali nie.
Lawatan aku ke Pusat Nuklear Malaysia nie bertarikh 11mac2014 tetapi kerana kesibukan masa,aru sekarang aku dapat update entri nie.Nampak tak kat situ yang aku betul-betul sibuk belakangan nie...?huhu.Seawal 6.30am aku bangun.Punya la semangat kan nak lawat ke tempat yang aku rasa ramai orang gerun kerana mentaliti sesetengah orang yang "cetek".
Sampai-sampai je di sini,kami disambut dengan baik oleh staf-staf MINT.boleh tngok gambar di bawah nie.
Semasa sesi taklimat bersama staf MINT.
Kami kemudian dibawa ke makmal Tissue Culture yang berada di tingkat atas.sebelum tu snap pic sikit...hehe.
Maaf ye pic uzur sikit.huhu.
Di dalam makmal nie kami diberi pendedahan tentang mempercepatkan pertumbuhan tumbuhan tanpa memberikan kesan buruk kepada sesetengah spesies tumbuhan.
Keadaan di dalam tempat tumbesaran pokok.
Sedikit penerangan dari staf MINT.
Awek untuk dijual...hehe.
Selepas 1 jam berada di dalam makmal Tissue Culture,Kami kemudian dibawa melawat ke makmal Microbiologi untuk menyiapkan tugasan berupa eksperiment yang aku rasa agak membosankan dan mencabar kesabaran aku...Maklum la,aku nie mana suka tunggu-menunggu nie.Bikin panas je eksperimen kali nie tapi nak buat macam mana kan sebab macam nie la kerja seorang researcher.Kena banyak bersabar...huh..!!
Kakak cute beri tunjuk ajar kepada kami bagaimana cara untuk extract DNA from sample.Tergoda aku beb...haha.
Nitrogen liquid nie kalau kena tangan alamat kudung la jawabnya...
Aku rasa macam team aku nie gila kamera la plak.Sikit-sikit nak snap..adoiii...
Kali nie pula bahagian PCR atau lebih dikenali sebagai Polymerase Chain Reaction.Bahagian nie la yang paling mencabar kesabaran aku.Nampak tak muka terkesima aku...?haha.Abaikan budak sebelah aku yang pakai tudung coklat tu.hehe.
Tekun giler beb...salute...!!hehe
Aku bersama copycat Yuna.jeng3...
Aku pun nak selfie gak.Asyik-asyik korang je.hehe.
Gambar nie diambil sebelum kami pulang ke IPTA kami.Sayang beb member-member aku nie.Tanpa diorang,tak mungkin aku akan happy belajar kat sini.
Perlu ke aku upload pic clone Yuna nie...?haha..whatever...
Aku rasa sampai sini je la yang aku nak kongsikan kat korang semua.Kepada adik-adik di luar sana yang meminati bidang sebegini,korang boleh la continue study dengan mengambil course Biotechnology.Banyak perkara menarik yang korang akan tempuh.Tapi bagi yang berminat je la walaupun menguji kesabaran dan boleh aku katakan agak membosankan kadang-kala.huhu.
Sekian sahaja dari aku...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua semoga teruskan membaca entri aku yang akan datang dengan cerita yang lebih merepek lagi..hehe...