Popular Posts

Saturday, 25 January 2014

Cikgu ohhh cikgu...hurmmm.....







Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog aku yang setia.Entri kali ni mungkin bersifat emosi sedikit disebabkan perasaan aku yang haru-biru apabila mendengar berita yang tidak berapa baik untuk telinga aku ni...Korang faham kan apa kena-mengena gambar di atas ni dengan entri aku...?Kalau still tak faham,teruskanlah baca entri aku ni sampai habis sebab hari ni memang aku nak membebel kat sini.haha...

Kalau korang bace berita hari ni yang bertarikh 25 haribulan 1,2014 di mana kes cikgu memakaikan di atas ni bersama dua orang pelajar lagi loceng dan memaksa mereka memakan rumput.Ramai juga yang aku tengok memaki hamun cikgu ni bila aku baca di ruangan komen kat facebook tapi tak kurang juga ada yang "back up"...Tapi mesti ada sebab kenapa cikgu tu buat macam tu dekat murid-murid dia.Takkan la cikgu tu menggila suruh murid dia makan rumput...alahai cikgu...

Sudahlah....!!Cukuplah....!!Aku dah naik bosan dengan pelajar-pelajar sekarang ni yang semakin hari,semakin naik tocang dan semakin hari,semakin tak beradab...!!Cikgu perlu dihormati kerana tanpa cikgu,siapalah kita di dunia ini untuk meneruskan kehidupan.Tanpa ilmu,aku pasti yang korang tak boleh nak berdikari kat dunia ni,tanpa cikgu juga,korang tak boleh nak baca blog aku ni kan...!???

Aku perasan yang zaman sekarang ni pelajar-pelajar semakin tidak menghormati cikgu ditambah pula dengan perangai sebahagian ibu bapa yang memandang sebelah mata.Di mata diorang,anak diorang la yang baik macam malaikat tapi bila sampai kat sekolah....faham-faham je la kan...hantu jembalang semua ada...dekat rumah je tunjuk baik,al maklum la...,ibu bapa bukan ada kat sekolah pun sepanjang hari nak jaga anak-anak diorang...so,boleh la main "topeng".Tak gitu murid-murid sekalian...?

Aku rasa sedih dan kecewa apabila ada ibubapa yang sanggup serang cikgu-cikgu kat sekolah sebab anak mereka dirotan yang aku rasa baik untuk bagi pengajaran dekat mereka.Ada yang lagi gila tu,pergi bertumbuk dan saman cikgu...Ingat-ingat la sikit...tanpa cikgu yang mendidik di sekolah,anak korang tak kan dapat berjaya di masa hadapan.Kalau tak dapat terima pengajaran yang diberikan cikgu di sekolah,hantar la anak-anak korang dekat zoo...Biar rimau dengan beruk je yang ajar anak-anak korang...diorang pun tak kan rotan or denda anak-anak korang kan...?paling-paling tak pun,diorang makan je...ok la tu dari merotan kan...Itu la yang korang nak kn...

Tolonglah wahai ibu bapa semua,aku seru supaya korang tolonglah hormati pada cikgu-cikgu yang ada dekat muka bumi ini.Tanpa mereka,siapalah korang semua yang masih boleh berdiri di bumi ini pada hari ini...Semua benda boleh dibawa bincang...Tanya dulu dan fikir dulu kenapa anak-anak korang didenda oleh cikgu-cikgu.Korang bukan tahu perangai anak korang di sekolah macam mana...so..,ibu bapa dan para cikgu perlulah bekerjasama dalam menyelesaikan satu-satu masalah.Jangan pula korang nak berat sebelah...Tak pasal-pasal malu tak tentu pasal macam peribahasa orang dulu-dulu "meludah ke langit,terkena muka sendiri".

Aku rasa aku pun dah penat nak membebel dan menaip ni ha...Akhir kata aku,hormati dan sayangilah para cikgu-cikgu di Malaysia ni.Tanpa mereka,siapalah kita di bumi ini yang sedang berdiri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....^^,

Sunday, 12 January 2014

Sejarah Semester 1 Berulang.Chettt.....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blogger...
Rasanya macam dah lama sangat aku tak update entri kat blog aku yang dah bersawang nie...hehe.
Belakangan nie aku buzy sangat dengan study plus wifi yang teramat la lambat tahap dewa dewi...


Ok la...tajuk entri aku kali nie "Sejarah Semester 1 Berulang.Chettt.....!!" adalah satu ritual yang wajib aku "kena" setiap semester...ha...nampak tak ayat tu macam gempak....hahahaha.
Tak ada la macam syirik sangat bunyi dier...sebab nie just ritual yang student-student kat sini selalu buat masa gotong-royong iaitu simbah air busuk.

Pagi-pagi lagi aku dah kena serang kat bilik dalam pukul 8.30am macam tu...tengah sedap-sedap tidur,tak pasal-pasal kena usung dari katil sampai koridor then.....splashhhhh....!!kuyup aku....redha je la yang termampu...dua baldi aku kena and aku rase aku orang yang pertama kena...apa la doe..nak tidur pun tak senang.

Mak aihhh....tak pasal-pasal aku kena hari nie...tiga kali pulak aku kena hari nie...faham-faham je la perangai budak-budak engineer...dah semua lelaki kan...perangai pun memang macam hampeh la..bukan aku nak kutuk budak-budak engineer kat sini..tapi tu la hakikatnya kat sini...hahaha..Tapi tak pe la...sekali setiap semester dan aku tak pernah terlepas dari diorang sebab dorang gegar bilik aku kowt...mana la aku nak lari..."sedeyh...."

Tapi puas jugak la hati aku sebab dapat balas balik dekat diorang...muahahaahah...!!berbakul-bakul maki aku dapat dari diorang..kesah pulak aku kan...hahaha...janji sempat lari naik sampai tingkat atas hostel.

Kat bawah nie adalah sebahagian daripada "ritual" student-student dekat sini...Tapi pic aku tak ada la...



Sekarang korang nampak tak air busuk apa yang aku maksudkan...diorang dah rendam kaki diorang then baru simbah kat orang lain or air yang ada kat koridor tu diorang ambil and masukkan dalam baldi plus kaki budak-budak engineer.perghh.....!!palat betul bau dier....

 

Yang nie satu lagi pic diorang yang macam tut....siap letak air busuk dalam bekas tong sampah.mak aihhh.... kejam sungguh....hahahaha...



Yang nie pula antara budak-budak yang liat giler nak kena simbah sampai ramai-ramai jaga kat depan bilik diorang...nie la dia budak-budak Logistic and Supplier...


Tapi tu la kenangan yang aku rasa kelakar hari nie...
Aku rasa sampai sini je la story aku untuk hari nie...nanti-nanti kalau aku ada masa,aku akan update lagi blog aku nie dengan entri-entri yang merepek....haha.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...